Warga emas tak mengaku benarkan longgokan sisa pepejal

Tertuduh (kanan) keluar dari mahkamah selepas proses pendakwaan hari ini.
Tertuduh (kanan) keluar dari mahkamah selepas proses pendakwaan hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani semalam atas kesalahan membenarkan longgokan sisa pepejal terkawal di Kampung Kemumbung, Sidam Kiri Julai lalu.

Tertuduh, Ishak Awang Che Su, 61, didakwa melanggar Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu membenarkan supaya dilonggokkan sisa pepejal terkawal.

Perbuatan itu dilakukan pada 28 Julai 2019 jam lebih kurang 1 petang di Lot 1295 Kemumbung, Mukim Sidam Kiri.

Disebabkan perbuatan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 71(8) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

Pegawai pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWcorp), Ikrom Dolwahit (kiri) bersama Pengarah SWcorp, Zaidi Tuah ketika ditemui di luar mahkamah hari ini.
Pegawai pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWcorp), Ikrom Dolwahit (kiri) bersama Pengarah SWcorp, Zaidi Tuah ketika ditemui di luar mahkamah hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Kedah, Ikrom Dolwahit manakala tertuduh diwakili peguam, C Shanmugaiah.

Artikel Berkaitan:

Hakim, Priscilla Hemamalini Nadarajah menetapkan 23 Januari ini sebagai tarikh sebutan kes.

Julai lalu, kerajaan negeri menyita sebuah kawasan longgokan sampah di Kampung Kemumbung berkeluasan kira-kira 17,000 meter persegi kerana didakwa beroperasi tanpa kelulusan setelah Exco Kerajaan Negeri, Tan Kok Yew melakukan kunjungan ke kawasan terbabit.