19 muka baharu dilantik Ahli Majlis

Jagdeep Singh Deo
Jagdeep Singh Deo
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 19 daripada 24 muka baharu dilantik sebagai Ahli Majlis bagi kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini iaitu 11 bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan lapan bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, jumlah tersebut turut menyaksikan 13 lantikan semula MBPP dan 16 lantikan semula MBSP berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini berdasarkan peruntukan mengikut Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Menurutnya, pelantikan tersebut turut melibatkan 19 peratus wanita dan lapan peratus belia.

"Untuk MBPP, sembilan Ahli Majlis adalah dari DAP, tujuh PKR dan dua masing-masing dari Amanah serta Bersatu, manakala empat lagi dari badan bukan kerajaan (NGO).

"Bagi MBSP pula, sembilan adalah dari DAP, lapan PKR, dua masing-masing dari Amanah dan Bersatu dan tiga dari NGO.

"Majlis angkat sumpah terima jawatan bagi Ahli Majlis MBPP akan diadakan pada Jumaat ini manakala MBSP pada Sabtu," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) hari ini.

Beliau berkata, pelantikan itu terdiri daripada pelbagai golongan profesional serta kaum.

"Selain memenuhi kriteria mengikut peruntukan undang-undang, sebagai syarat tambahan kerajaan negeri, butiran calon akan dihantar ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi Malaysia dan polis untuk tapisan keselamatan.

Artikel Berkaitan: