PRK Cameron Highlands: Kemenangan PH tidak jejaskan BN

Hamzah
Hamzah
A
A
A

KUALA LIPIS -Kemenangan PH di Parlimen Cameron Highlands tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri sebaliknya membantu BN itu sendiri.

Pengerusi Amanah negeri, Dr Hamzah Jaafar memberitahu penambahan kerusi Parlimen Cameron Highlands akan membantu pengundi menikmati lebih banyak pembangunan.

"Kita tidak nafikan ini kawasan Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) tetapi kemenangan di Parlimen Cameron Highlands ia tidak akan menjejaskan kerajaan BN yang diketuai beliau sebaliknya dapat membantu Menteri Besar sendiri melaksanakan pembangunan di Dun Jelai juga.

"Kita tidak akan berkempen dengan memburukkan Menteri Besar sebaliknya kita akan berusaha sehabis mungkin untuk meraih undi dan keyakinan pengundi untuk memilih calon PH kali ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata sedemikian selepas meninjau Bilik Gerakan PH di Felda Sungai Koyan 3.

Ujarnya lagi, beliau melihat potensi memihak kepada PH disebabkan faktor kerajaan yang memerintah kini.

"Walaupun sebelum ini pelaksanaan manifesto dilihat perlahan berikutan pelbagai kekangan seperti faktor hutang melampau.

"Namun pada 2019 ini beberapa janji manifesto telah dilaksanakan antaranya penurunan harga minyak, sumbangan persekolahan, peruntukan lebih RM70 juta untuk peneroka Felda dan ia mula meraih keyakinan rakyat," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau memberitahu jentera parti itu akan berpusat di Dun Jelai di Kampung Keledek dan pelancaran akan dilakukan di Felda Sungai Koyan 3, Jumaat ini.