Lelaki pakai telekung curi barang jemaah masjid diburu

Lelaki ini dikesan bagi membantu siasatan kes kecurian beg di masjid.
Lelaki ini dikesan bagi membantu siasatan kes kecurian beg di masjid.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kecurian di Masjid Ibnu Abbas, Taman Ibu Kota Setapak di sini, Sabtu lalu.

Menurut satu kenyataan, rakaman kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki telah masuk ke masjid itu pada jam 9 malam.

Lelaki tersebut memakai telekung berjalan ke arah beg tangan ketika jemaah sedang menunaikan solat.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh Pegawai Penyiasat Kanan, IPD Wangsa Maju, Asisten Superintendan S Gopal di talian 012-5120242 / 03-92899222 atau Penolong Pegawai Penyiasat IPD Wangsa Maju, Sarjan Mohd Mudzamil Razak di talian 013-3260395.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: