X

Kindly register in order to view this article
!

'Geng Honda City' pecah rumah tumpas

Asmadi (tengah) menunjukkan set nombor pendaftaran kereta palsu yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Jelapang, kelmarin.
A
A

IPOH - [DIKEMASKINI] Polis menyiasat penglibatan 'Geng Honda City' yang disyaki telah memecah masuk kediaman Exco Kerajaan Perak, Paul Yong Choo Kiong, November lalu.

Kumpulan yang turut dikenali sebagai Geng Ah Leong itu aktif memecah masuk rumah mangsa yang berada dalam komuniti berpengawal sekitar daerah itu sejak enam bulan lalu.

Geng itu berjaya ditumpaskan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dengan menahan tiga ahli kumpulan termasuk dalangnya, Ahad lalu.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dua lelaki berusia 48 dan 38 tahun itu ditahan bersama seorang wanita berusia 41 tahun dalam serbuan sebuah rumah di Meru Valley, Jelapang.

Asmadi (dua dari kiri) menunjukkan kereta Honda City yang digunakan suspek ketika menjalankan kegiatan pecah rumah sekitar Ipoh.
Asmadi (dua dari kiri) menunjukkan kereta Honda City yang digunakan suspek ketika menjalankan kegiatan pecah rumah sekitar Ipoh.

Menurutnya, suspek dipercayai aktif menjalankan jenayah itu dengan menggunakan sebuah kereta Honda City berwarna putih milik isteri salah seorang suspek.

"Siasatan mendapati kumpulan ini mensasarkan kawasan rumah berpengawal dengan menjalankan pemantauan pada sebelah pagi.

"Mereka yang menyamar sebagai kontraktor telah menggunakan kad pengenalan palsu untuk memperdayakan pihak pengawal keselamatan sebelum memecah masuk rumah mangsa," katanya kepada pemberita di IPD Ipoh hari ini.

A Asmadi berkata, kumpulan itu mengakui telah melakukan lebih 12 kes pecah rumah sekitar Ipoh, Sungai Siput, Kuala Lumpur dan Selangor.

Barangan yang dirampas daripada suspek. (Bawah: Peralatan memecah masuk rumah turut dirampas daripada suspek.)
Barangan yang dirampas daripada suspek. (Bawah: Peralatan memecah masuk rumah turut dirampas daripada suspek.)

"Kesemua kes melibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM116,000. Siasatan dijalankan bagi mengenalpasti penglibatan suspek terhadap semua kes termasuk kediaman wakil rakyat Yong (Choo Kiong).

"Dalangnya berusia 48 tahun yang merupakan tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang melarikan diri 20 Jun lalu mengalami retak kedua-dua tapak kaki akibat terjun dari tingkat dua rumah itu ketika cuba melarikan diri," katanya.

Katanya, pelbagai barangan telah dirampas antaranya telefon bimbit, tablet, jam tangan dan peralatan pecah rumah. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!