NGO, orang asli hantar memorandum bantah projek ladang hutan

Bantahan terhadap pelaksanaan pembangunan ladang hutan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal yang dibuat masyarakat orang asli di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Bantahan terhadap pelaksanaan pembangunan ladang hutan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal yang dibuat masyarakat orang asli di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) bersama sekumpulan masyarakat orang asli hari ini menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Perak membantah pembangunan ladang hutan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal di negeri ini yang antara lainnya bagi tanaman spesis musang king.

Bantahan itu dikemukakan lebih 1,500 penduduk dari 15 kampung orang asli di daerah Kinta, Simpang Pulai dan Sungai Siput yang dikhuatiri terjejas dengan pembangunan berkenaan.

Penyelidik Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, antara lokasi pembangunan yang dicadangkan iaitu di Hutan Simpan Bukit Kinta, Hutan Simpan Korbu dan Hutan Simpan Piah merupakan kawasan melibatkan penempatan orang asli mendapatkan hasil hutan.

Menurutnya, selain memusnahkan liputan hutan asal, kaedah pengusahasilan secara tebang habis ditambah dengan penyediaan tapak tidak terkawal dibimbangi memberi impak kepada hidrologi hutan secara keseluruhan.

"Ini belum mengambil kira kesan permukaan tanah terdedah yang akan menyebabkan lebihan air larian permukaan, hakisan lereng bukit, kerosakan struktur sungai dan kemerosotan kualiti air yang memberi kesan langsung kepada masyarakat orang asli.

"Jadi kami berpendirian membantah pelaksanaan pembangunan ini dan berharap pihak berkuasa negeri tidak meneruskan dasar serta meluluskan projek ini pada skala yang besar," katanya.

Meor Razak (kanan) menyerahkamemorandu kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Jaffrey Mohd Zainol di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Meor Razak (kanan) menyerahkamemorandu kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Jaffrey Mohd Zainol di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian sebelum ini, kebanyakan pembangunan ladang hutan dilakukan tanpa kawalan walaupun pihak berkuasa negeri mengakui mempunyai prosedur operasi standard yang diluluskan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, seperti di Hutan Simpan Bintang Hijau dan Hutan Simpan Kenderong yang terletak di Banjaran Bintang Hijau dicadangkan bagi ladang durian spesis Musang King sedangkan kawasan itu sebahagian rangkaian yang dikenalpasti sebagai koridor dan laluan kehidupan liar.

"Pada 2017, sebanyak 56,503 hektar atau 5.67 peratus daripada 995,216 hektar keluasan Hutan Simpanan Kekal di Perak telah dibangunkan sebagai ladang hutan terutama bagi spesis getah klon balak.

"Kita harap pihak berkuasa negeri mematuhi dan menggunapakai pelan Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Pelan Induk CFS dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.

Meor Razak dan Mohd Radi (kanan) pada sidang media hari ini.
Meor Razak dan Mohd Radi (kanan) pada sidang media hari ini.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Jaffrey Mohd Zainol di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Kuasa Perak, Mohamad Hafizudin Mohd Nasarudin bersama hampir 50 komuniti orang asli antaranya dari Kampung Kerawat, Kampung Pergom, Kampung Juang, Kampung Senju, Kampung Pawong dan Kampung Jantung Baru.

Penduduk Kampung Kerawat, Mohd Radi Changgang, 48, mengakui penduduk mula gelisah dengan pelaksanaan pembangunan ladang hutan itu yang disifatkan mencemari hak rizab tanah hutan kepada masyarakat orang asli.

"Kami menyokong bantahan dibuat dan harap kerajaan negeri beri perhatian serius dengan tidak memusnahkan tanah adat ini demi kelangsungan hidup penduduk dan generasi akan datang," katanya.