Iran beri amaran buat sekutu AS

No Image Caption
A
A
A
TEHERAN - Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) hari ini memberi amaran negara serantau yang mempunyai pangkalan AS akan menjadi sumber pencerobohan anti-Iran.

Menurut laporan Tehran Times, IRGC dalam satu kenyataan menegaskan, AS akan menerima balasan yang lebih menyakitkan dan menghancurkan untuk sebarang serangan atau pergerakan yang dibuat.

"Mana-mana tanah yang mempunyai pangkalan tentera untuk pasukan pengganas AS akan menjadi sumber tindakan agresif dan musuh terhadap Republik Islam.

"IRGC tidak akan membezakan di antara AS dan Israel dalam usaha membalas dendam terhadap pembunuhan wira Iran.

"Kami menasihatkan rakyat AS untuk menarik balik tentera mereka dari rantau ini bagi mengelakkan kemusnahan selanjutnya," menurut kenyataan itu. - Agensi
Artikel Berkaitan:


ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin baharu IRGC ikrar hapuskan AS

Majlis Iran isytihar Pentagon sebagai pengganas

Iran mula serang pangkalan tentera AS guna peluru berpandu