Mayat penuntut UiTM ditemui pekebun getah

Mayat mangsa ditemui berhampiran motosikalnya di dalam sebuah kebun getah di Jalan Asahan Jementah di sini. Gambar kecil, Muhammad Harith Ishak.
Mayat mangsa ditemui berhampiran motosikalnya di dalam sebuah kebun getah di Jalan Asahan Jementah di sini. Gambar kecil, Muhammad Harith Ishak.
A
A
A

MELAKA - Mayat penuntut tahun dua, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat ditemui dalam sebuah kebun getah di Jalan Asahan Jementah setelah mangsa dikatakan terlibat kemalangan jalan raya lebih 24 jam lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat Muhammad Harith Ishak, 20, bersama motosikalnya oleh seorang pekebun kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 malam pada 7 Januari lalu.

Mangsa dikatakan sempat bercakap dengan bapanya kira-kira jam 11.00 malam sebelum kejadian.

"Siasatan mendapati mangsa dipercayai dalam perjalanan balik dari Jementah ke rumahnya di Felda Tun Ghaffar, Jasin melalui Jalan Asahan-Jementah.

"Motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok setibanya di selekoh berdekatan kebun getah berkenaan," katanya.

Tambahnya lagi, laporan bedah siasat turut mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih 24 jam lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: