AirAsia tawar penerbangan lewat malam sempena Tahun Baru Cina

Anthony (tengah) pada Majlis Pengumuman Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Rendah Sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia RedQ, di sini hari ini.
Anthony (tengah) pada Majlis Pengumuman Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Rendah Sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia RedQ, di sini hari ini.
A
A
A

AIRASIA menawarkan penerbangan lewat malam dengan tambang rendah pada kadar tetap bagi memenuhi permintaan pelanggan bermula 21 hingga 31 Januari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Syarikat penerbangan tambang murah itu menawarkan tiket harga tetap RM149 sehala dari Kuala Lumpur ke Miri, Sibu dan Bintulu serta laluan Johor Baharu ke Sibu manakala RM169 sehala dari Kuala Lumpur ke Sandakan atau Tawau.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif itu membantu rakyat pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut Anthony, beliau sebelum ini banyak menerima maklum balas daripada pengguna mengenai harga tiket penerbangan yang mahal terutamanya bagi destinasi penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

“Mereka ini tidak seperti penduduk semenanjung kerana mempunyai banyak alternatif lain. Penetapan harga tiket rendah ini sangat membantu,” katanya pada Majlis Pengumuman Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Rendah Sempena Tahun Baru Cina di ibu pejabat AirAsia RedQ, di sini hari ini.

Anthony (tengah) pada Majlis Pengumuman Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Rendah Sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia RedQ, di sini hari ini.
Anthony (tengah) pada Majlis Pengumuman Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Rendah Sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia RedQ, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail; Presiden Kumpulan AirAsia, Bo Lingam dan Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat pula berkata, pengumuman tambang tetap rendah ini adalah sebahagian daripada usaha Kemakmuran Bersama AirAsia selari dengan visi kerajaan dari pelbagai segi.

Artikel Berkaitan:

"Kami benar-benar menghargai maklum balas daripada pelanggan untuk menetapkan tambang rendah ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baru Cina yang akan datang.

"Justeru, kami menawarkan 12,960 tempat duduk pada tambang tetap rendah ke bandar-bandar terpilih di Sabah dan Sarawak," katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan AirAsia juga menawarkan 65,826 tempat duduk tambahan untuk laluan popular di seluruh Malaysia dan Singapura.