Hina Institusi Raja: Setuju tindakan keras dikenakan

Datuk-Dr-Asyraf-Wajdi-Dusuki
Datuk-Dr-Asyraf-Wajdi-Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki setuju jika tindakan keras dan tegas dikenakan terhadap rakyat Malaysia yang didapati bersalah menghina Institusi Raja-raja.

Katanya, senario semasa memperlihatkan betapa wujud segelintir warga yang tidak bertanggungjawab bahkan langsung tiada hormat pada institusi berkenaan.

"Ini lantaran longgarnya ketegasan kerajaan dan ringannya hukuman yang ada dalam mempertahankan institusi negara ini," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru beliau menegaskan bahawa sudah tiba masanya undang-undang yang lebih diketat digubal bagi memastikan martabat dan maruah Institusi Raja-raja Melayu yang merupakan institusi tertinggi negara dan lambang kedaulatan Islam terus terpelihara.

Artikel Berkaitan: