X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor catat penurunan indeks jenayah

Noor Azam Jamaludin
A
A

SHAH ALAM - Sepanjang tahun 2019, sebanyak 19,810 kes jenayah indeks dilaporkan menunjukkan penurunan 1,528 kes atau 7.16 peratus berbanding 21,338 kes yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, daripada jumlah itu, pihaknya berjaya menyelesaikan sebanyak 12,232 kes iaitu 61.75 peratus melebihi sasaran yang telah ditetapkan sebanyak 45 peratus.

"Sebanyak 33,977 kertas siasatan jenayah dibuka dengan membabitkan 18,574 iaitu 54.67 peratus pertuduhan," katanya

Menurutnya, JSJ turut melaksanakan berusaha mengekang kegiatan perjudian, maksiat dan gangsterisme menerusi 4,650 serbuan Op Dadu, Op Noda (1,434 serbuan) dan Op Cantas (417 serbuan).

"Pada masa sama, seramai 439 individu diambil tindakan mengikut Undang-Undang Pencegahan dan Keganasan (POCA)," katanya dalam Sidang Media Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Dalam perkembangan lain, Noor Azam berkata, sebanyak 2,162 kes jenayah komersial membabitkan nilai kerugian lebih RM71 juta direkodkan di negeri dengan tangkapan seramai 1,493 suspek pada tahun lalu.

“Sepanjang tempoh itu sebanyak 4,913 kertas siasatan dibuka manakala 1,913 kes sudah dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan jenayah komersial sekali gus meningkatkan kadar pertuduhan kepada 38.94 peratus berbanding sasaran 30 peratus," katanya.

Beliau turut memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor mencatatkan kejayaan rampasan 3.2 tan dadah kokain dan 500 kilogram ketamin bernilai RM676 juta membabitkan tangkapan 13 suspek di Shah Alam pada 19 Ogos lalu.

"Jabatan Cawangan Khas Selangor juga berjaya membuat tangkapan seramai 20 individu yang dipercayai terbabit dengan aktiviti militan dan pengganas seperti Daish, Al-Qaeda, Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), Liberation of Tamil Eelam (LTTE) dan Foreign Terrorist Fighter (FTF) pada tahun lalu.

“Menerusi Jabatan Logistik dan Teknologi (JLT) Selangor pula merekodkan sebanyak 33 panggilan bom pada tahun lalu berbanding 29 panggilan pada 2018. Antara bom yang ditemui ‘air drop’ mortar, shell dan aerial bom yang berjaya dimusnahkan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!