KWSP lantik CIO, CSO baharu

KWSP
KWSP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pelantikan Rohaya Mohammad Yusof sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) dan Nurhisham Hussein menyandang tugas Ketua Pegawai Strategi (CSO) baharu, berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

Rohaya sebelum ini merupakan Ketua Jabatan Pasaran Persendirian manakala Norhisham ialah Ketua Jabatan Ekonomi dan Pasaran Modal.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias berkata, Rohaya mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Mohamad Nasir Ab Latif yang bersara sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) pada 31 Disember 2019.

Menurut KSWP, jawatan yang dikosongkan oleh Mohamad Nasir telah diubah kepada Ketua Pegawai Operasi.

“KWSP memberi penekanan utama kepada aspek tenaga kerja dan pelan penggantian pimpinan yang kukuh. Oleh itu, pelantikan Rohaya dan Nurhisham merupakan kenaikan pangkat dalaman susulan tempoh perkhidmatan mereka yang lama dalam KWSP selain menjawat pelbagai tugas.

"Walaupun 2020 dan tahun-tahun seterusnya disifatkan sebagai mencabar, saya yakin dengan pasukan baharu ini, KWSP mampu dipersiapkan untuk mencapai sasaran dan kejayaan," kata Tunku Alizakri.

Rohaya menyertai KWSP pada 2008 sebagai Ketua Pembiayaan Korporat dalam Bahagian Pelaburan dana itu dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pasaran Modal.

Nurhisham pula mula berkhidmat dengan KWSP pada 2014 sebagai Ketua Jabatan Ekonomi dan Pasaran Modal serta pernah bertugas di Malaysian Rating Corp Bhd, Permodalan Nasional Bhd dan Affin Bank Bhd.- Bernama

Artikel Berkaitan: