Tak dibayar gaji, pemuda usung motosikal 6 jam di lebuh raya

Perkongsian Iwan Putra Bgb di Facebook kini tular di media sosial yang meraih 1,900 tanda suka dan 339 berkongsi kisah ini pemuda ini.
Perkongsian Iwan Putra Bgb di Facebook kini tular di media sosial yang meraih 1,900 tanda suka dan 339 berkongsi kisah ini pemuda ini.
A
A
A

PULAU PINANG - Perkongsian seorang pengguna Facebok mengenai seorang pemuda yang menolak motosikalnya selama 6 jam akibat kehabisan wang kerana tidak dibayar gaji oleh majikannya mendapat reaksi netizen dan rata-ratanya mahukan majikan tersebut diambil tindakan undang-undang.

Melalui perkongsian Iwan Putra Bgb, dia membantu seorang penunggang motosikal di lebuh raya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Pada awalnya, dia berasa was-was, namun melihat keadaan pemuda terbabit, dia memberhentikan kenderaan pacuan empat rodanya di tepi jalan dan menolong lelaki tersebut.

"Saya pun membantunya mengangkat motosikalnya ke atas kereta (pacuan empat roda) saya dan ketika berbual dia menceritakan bahawa dia kehabisan minyak dari Tanjung Malim dan tekad untuk menolak motosikalnya sehingga ke Pulau Pinang.

"Bila saya tanya, rupa-rupanya dia menolak motor itu selama enam jam dan bila ditanya dia hanya mendiamkan diri," tulisnya melalui hantaran di Facebook.

No Image Caption

Lebih menyayat hati, pemuda itu beritahu dia bekerja di Kuala Lumpur sebagai pengawal keselamatan tetapi tidak dibayar gaji dan hanya diberikan RM5 sebelum diberhentikan kerja oleh majikannya ketika dia meminta wang untuk dikirimkan ke kampung.

"Saya terus mendiamkan diri tanpa banyak soalan lagi kerana tiba-tiba mata masuk habuk dan saya terus menghantar dia ke sebuah pam di Pulau Pinang dan beri dia RM10 kerana nak bagi lebih saya bukan orang senang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian Iwan Putra Bgb di Facebook kini tular di media sosial yang meraih 1,900 tanda suka dan 339 berkongsi kisah tersebut.

"Sama-samalah kita tolong abang itu, dia sebenarnya tak tahu arah nak buat laporan. Semoga dia dipermudahkan urusan oleh ALLAH, InsyaALLAH," tulis Ruslan Azanariah di Facebook.

Din Rahim pula memberitahu, "Sedih aku bila melihat abang ini yang kena 'kencing' dengan bos dia tidak dibayar gaji. Terima kasih abang Iwan kerana membantu lelaki tersebut dan menumpangkan dia sehingga ke Pulau Pinang."