Ular tedung bersarang tepi rumah

Sebahagian telur ular ditemui di bahagian tepi dinding luar rumah penduduk di Kampung Rambai, dekat sini, semalam.
Sebahagian telur ular ditemui di bahagian tepi dinding luar rumah penduduk di Kampung Rambai, dekat sini, semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga ular tedung bersama 30 biji telurnya ditemui di sebuah rumah di Kampung Rambai, di Pendang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular itu kira-kira jam 12.18 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11 Nazri Kasa tiba di lokasi kira-kira jam 12.18 tengah hari.

Pihak bomba berusaha menangkap ular tersebut.
Pihak bomba berusaha menangkap ular tersebut.

"Seramai tujuh anggota termasuk seorang PBK 11 tiba di lokasi kejadian bersama dua jentera.

"Sebaik tiba di lokasi, tiga ular didapati berada di dalam lubang tepi dinding luar rumah berkenaan. Turut ditemui, 30 biji telur reptilia tersebut," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba kemudiannya menangkap ular tersebut dengan menggunakan penjerut dan melepaskannya di tempat yang selamat.

Artikel Berkaitan: