X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Berpantang maut sebelum ajal

Seorang pemandu lori terselamat selepas kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik dekat Sekolah Pondok Ma'ahad Darul Hasimi, Jalan Lepai, Kampung Teluk, dekat sini, hari ini.
A
A

ALOR SETAR - Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya merempuh tiang elektrik di tepi jalan berhampiran Sekolah Pondok Ma'ahad Darul Hasimi, Jalan Lepai, Kampung Teluk, di sini hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pemandu berusia 60-an berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.12 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Samsari Ibrahim tiba di lokasi kejadian kira-kira 13 minit kemudian.

"Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah lori terbabas dan melanggar tiang elektrik di tepi jalan berkenaan. Bagaimanapun pemandu selamat dalam kejadian itu," katanya di sini hari ini.

Susulan itu, katanya pasukan BBP Pokok Sena dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Alor Setar memastikan lokasi selamat digunakan sebelum operasi tamat jam 7.55 pagi.

.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!