Warga Myanmar maut terperosok bawah kereta

Seorang lelaki warga Myanmar maut dalam kemalangan di KM 51.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, di sini, awal pagi tadi.
Seorang lelaki warga Myanmar maut dalam kemalangan di KM 51.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, di sini, awal pagi tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang warga Myanmar maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua motosikal di KM51.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa yang berusia 20-an maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain.

Katanya, mangsa dipercayai tercampak dan tersepit di bawah kereta manakala seorang penunggang lain cedera dan dihantar ke Hospital Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Susulan itu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: