Cuaca baik di Canberra, kata Nurfatima

Foto Instagram Nurfatima
Foto Instagram Nurfatima
A
A
A

BEKAS finalis Gegar Vaganza 2019 (GV 2019) Nurfatima memberitahu berada dalam keadaan baik dan sihat walaupun cuaca sedikit berjerebu di Canberra, Australia.

Menurut Astro Awani, Nurfatima berkata, cuaca juga bertambah baik semalam kerana hujan pada hari sebelumnya.

“Saya di sini baik-baik sahaja. Cuaca pun agak baik berbanding hari-hari sebelumnya kerana hujan semalam (Ahad).

“Alhamdulillah kesihatan saya dan keluarga di sini juga tidak terjejas. Saya harap hari esok dan seterusnya keadaan bertambah baik,” katanya berada di rumah mentuanya di sana.

Tambah penyanyi Selembut Sutera yang sudah berada di Canberra sejak empat hari lalu itu lagi, tidak banyak yang berbeza sejak kebakaran berlaku, selain suhu agak panas.

“Bagi saya macam biasa sahaja cuma cuaca agak panas berbanding kebiasaan. Terima kasih kepada yang menghantar pesanan dan mendoakan saya di sini,” katanya.

Nurfatima kembali ke Canberra bersama suaminya, Mohammad Jeffry Wain Wright sejak empat hari lalu selepas tamat GV 2019.

Dalam pada itu, di Los Angeleas, bintang Hollywood, Russell Crowe memaklumkan beliau kembali ke Canberra untuk membantu menangani kebakaran itu.

Artikel Berkaitan:

Aktor tersebut percaya bencana berkenaan disebabkan oleh perubahan iklim.

“Kita perlu bertindak terhadap sains, menggerakkan tenaga boleh diperbaharui dan menghormati bumi. Dengan cara itu, generasi akan datang dapat menikmati alam sekitar yang nyaman,” tegasnya.

Pelawak, Celeste Barber menggunakan pengaruhnya di media sosial untuk melancarkan tabung dana tersebut di Facebook dan berjaya memperoleh jumlah tersebut daripada derma yang disalurkan dari seluruh dunia dalam tempoh tiga hari.