Affendi Buang mula tugas Panglima Angkatan Tentera secara rasmi

Affendi (kanan) beramah mesra bersama para pegawai ATM pada Majlis Menyambut Ketibaan Panglima ATM ke-21 di Dataran Wisma Pertahanan hari ini. -FOTO: BERNAMA
Affendi (kanan) beramah mesra bersama para pegawai ATM pada Majlis Menyambut Ketibaan Panglima ATM ke-21 di Dataran Wisma Pertahanan hari ini. -FOTO: BERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu, Jeneral Tan Sri Affendi Buang memulakan tugas secara rasmi di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Panglima ATM ke-21 itu menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. Majlis serah terima tugas berlangsung pada 2 Januari lepas.

Sejurus tiba di pekarangan bangunan itu, Affendi, 57, menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kehormat di Padang Kawad, Dataran Wisma Pertahanan sebelum menuju ke pejabat bagi memulakan tugas.

Affendi (dua dari kiri) bergambar bersama Ackbal (kanan), Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi (dua dari kanan) dan Abdul Rahman (kiri) pada Majlis Menyambut Ketibaan Panglima ATM ke-21 di Dataran Wisma Pertahanan hari ini. -FOTO: BERNAMA

Affendi yang dilahirkan pada 21 Ogos 1962 di Kuching, Sarawak merupakan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kedua dilantik sebagai Panglima ATM selepas Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Sebelum pelantikan sebagai Panglima ATM, beliau berkhidmat sebagai Panglima TUDM sejak 21 Disember 2016.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dan Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob. - Bernama

Artikel Berkaitan: