Hukum rimba bakal cetus Perang Dunia Ketiga

Ketegangan antara AS dan Iran kembali meningkat selepas Presiden Donald Trump didakwa mengarahkan pembunuhan komander tertinggi IRGC, Qasem Soleimani dalam tindakan pertahanan untuk melindungi kakitangan AS di luar negara. - Foto AP
Ketegangan antara AS dan Iran kembali meningkat selepas Presiden Donald Trump didakwa mengarahkan pembunuhan komander tertinggi IRGC, Qasem Soleimani dalam tindakan pertahanan untuk melindungi kakitangan AS di luar negara. - Foto AP
A
A
A

SERANGAN dron tentera Amerika Syarikat (AS) di sebuah lapangan terbang di Baghdad, Iraq pada Jumaat lalu sehingga mengorbankan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran, Leftenan Jeneral Qassim Suleimani telah mencetuskan kekecohan dalam kalangan warga maya mengenai kemungkinan berlakunya Perang Dunia Ketiga.

Ekoran serangan itu, perkataan 'World War 3' atau Perang Dunia Ketiga menjadi trending di Twitter.

Presiden Donald Trump bagaimanapun mendakwa serangan itu bukan bertujuan mencetuskan perang di Asia Barat sebaliknya mahu menghentikan peperangan yang cuba dicetuskan Iran.

Mengikut pemerhatian Merak Jalanan, Perang Dunia Ketiga adalah realiti konflik masa hadapan yang sering dibayangkan manusia sejagat termasuk dalam filem-filem aksi Hollywood.

Ada banyak sebab yang memungkinkan perang global itu, kata para peramal.

Selain perluasan wilayah, antara sebab utama lain ialah perebutan sumber semula jadi seperti minyak, air dan makanan.

Mitos atau fakta, ada yang mengatakan kerakusan AS ingin menguasai beberapa wilayah di Pakistan dan Afghanistan, serta negara di Asia Barat adalah disebabkan bahan galian yang ada di bumi negara asing terbabit.

Dalam pada itu, walaupun 75 peratus planet Bumi dipenuhi air, namun tiga peratus sahaja yang bersih. Dengan kata lain, tujuh bilion orang terpaksa berebut sumber air yang sedikit sekali gus boleh mencetuskan perang.

Artikel Berkaitan:

Namun, sama seperti hukum rimba, siapa kuat dia yang berkuasa. Itulah juga yang dilihat cuba dilakukan Trump di bumi Iraq yang terletak kira-kira 10,000 kilometer dari negaranya sendiri.

Situasi negara yang kuat cuba menguasai negara yang lebih lemah dan menjajah mereka tidak seharusnya berlaku pada abad ini.