Guru di China terbalikkan murid

Badan mangsa diterbalikkan gara-gara gagal menyiapkan kerja rumah.
Badan mangsa diterbalikkan gara-gara gagal menyiapkan kerja rumah.
A
A
A

HANGZHOU - Seorang guru sebuah sekolah rendah di wilayah Zhejing, China digantung kerja gara-gara menterbalikkan badan anak muridnya selepas mangsa gagal menyiapkan kerja sekolah.

Perbuatan guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan menjadi tular selepas ia dimuat naik ke laman media sosial.

Insiden itu berlaku di sebuah sekolah di bandar Longgang baru-baru ini.

Dalam rakaman tersebut, guru terbabit dilihat memarahi dan menampar seorang murid perempuan sebelum mengheretnya ke tengah kelas.

Guru terbabit kemudian mengangkat dan menterbalikkan badan mangsa sambil disaksikan murid lain yang ketakutan.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mengesahkan ketulenan video tersebut sambil menambah, guru terbabit telah disiasat dan diambil tindakan.

Pada Oktober lalu, seorang guru di wilayah Henan dipecat selepas memaksa anak muridnya memakan sampah sebagai hukuman kerana tidak mengosongkan tong sampah di bilik asrama mereka.

Kesemua murid di Sekolah Rendah Shuiquan di bandar Zhokou tersebut diarah menelan kertas, pembalut plastik dan kulit buah.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu menyebabkan guru besar dan timbalannya juga dipecat selepas insiden itu terbongkar apabila salah seorang mangsa, Ling Ling berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital kerana sakit perut. - Agensi