X

Kindly register in order to view this article
!

Hanya wayang politik MCA: Zhemin

Zhemin menyifatkan 'jemputan' MCA untuk bersama-sama membuat laporan polis dan SPRM berhubung projek pembinaan hospital baharu Kampar sebagai wayang politik MCA.
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin menyifatkan 'jemputan' MCA untuk bersama-sama membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan hospital baharu Kampar sebagai wayang politik MCA.

Berhubung projek tersebut menurutnya, tindakan kerajaan membatalkan pembinaan hospital baharu itu tidak munasabah hanya kerana hospital swasta dengan kerjasama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) akan dibina.

Ini kerana katanya, pembinaan hospital baharu itu dengan peruntukan RM150 juta diumumkan dua tahun lebih awal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu pada 2012, berbanding pengumuman pembinaan hospital swasta tersebut yang dibuat pada 2014.

"Pembatalan pembinaan hospital baharu itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 2017 yang ketika itu merupakan Exco kerajaan negeri.

"Oleh kerana pembatalan hospital kerajaan oleh BN, MCA perlu jawab apa yang telah terjadi kepada peruntukan RM150 juta yang telah dilulus dan diumumkan oleh bekas Menteri Kesihatan, (Datuk Seri) Liow Tiong Lai pada 2012," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Terdahulu, MCA Perak menjemput Zhemin untuk bersama-sama membuat laporan polis dan SPRM pada 8 dan 10 Januari ini ketika mengadakan sidang media di Wisma MCA Perak di sini hari ini.

Zhemin menerusi laman blognya mendakwa MCA menyalahgunakan RM150 juta peruntukan yang dibatalkan untuk pembinaan Hospital Kampar selepas kerajaan mengumumkan untuk bekerjasama dengan UTAR bagi membina hospital swasta di Kampar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan seleweng dana hospital: MCA cabar DAP lapor polis, SPRM


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus