Kerja empat hari seminggu, enam jam sehari

Marin dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dan memimpin kerajaan pakatan pada bulan lalu.
Marin dilantik memegang jawatan Perdana Menteri dan memimpin kerajaan pakatan pada bulan lalu.
A
A
A

HELSINKI - Finland merancang untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari seminggu dan enam jam sehari di bawah pelan baharu.

Idea tersebut dicadangkan Perdana Menteri, Sanna Marin yang berhasrat untuk memperkenalkan waktu bekerja fleksibel tersebut di seluruh negara.

Marin, 34, yang merupakan ketua kerajaan kedua paling muda di dunia itu berkata, beliau mahu golongan pekerja menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga masing-masing.

"Saya percaya setiap orang berhak luangkan masa dengan keluarga dan insan tersayang dalam hidup mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti dan aspek kehidupan seperti budaya secara bersama.

"Ini boleh menjadi langkah seterusnya dalam kehidupan bekerja," ujarnya.

Ibu kepada seorang anak itu dilantik memegang jawatan Perdana Menteri pada Disember 2019 dan memimpin kerajaan pakatan haluan sederhana bersama lima parti lain yang dipimpin wanita.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Li Andersson yang memimpin Perikatan Kiri turut bersetuju dengan idea tersebut.

"Adalah sangat penting untuk memastikan rakyat Finland tidak terlalu bekerja keras. Ia bukan soal memerintah dengan gaya feminin, namun ia adalah menawarkan bantuan dan bukti menunaikan janji kepada pengundi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Waktu bekerja lebih pendek pernah dilaksanakan beberapa negara termasuk Sweden yang menetapkan tempoh bekerja enam jam sehari yang berkuatkuasa sejak 2015.

Keputusan menunjukkan pekerja lebih gembira dan produktif kerana mereka dibayar gaji penuh. - Agensi