X

Kindly register in order to view this article
!

Mangsa langgar lari sering sedekah, solat tahajud

Status Muhammad Faizar tular di laman sosial.
A
A

JAWA TENGAH - Pemergian Allahyarham Subkhan Abdu Rosyid, 52, atau lebih dikenali sebagai Pak Subhan yang maut dilanggar lari semalam, meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang mengenali arwah.

Siapa sangka, arwah mempunyai peribadi yang tinggi dan kisah kebaikan arwah yang gemar bersedekah dan menunaikan solat sunat tahajud itu tular di laman sosial.

Kisah itu dikongsi oleh Pengasas Yayasan Arsyada Al-Fattah, Muhammad Faizar di Facebook sehingga ramai yang mengagumi Pak Subhan.

"Semoga Pak Subhan dicatat syahid oleh ALLAH dan ditempatkan di makam yang tinggi di sisi-Nya.

"Saya bersaksi bahawa selama Subhan masih hidup, walaupun cepat penat, beliau tak pernah putus solat tahajud, malah beliau aktif dalam dakwahnya saban hari," katanya.

Dia turut menyifatkan keperibadian Allahyarham sebagai mudah didekati, bersederhana dan seorang yang bertaqwa.

Aktiviti terakhir Allahyarham (kanan) dengan mengagihkan nasi bungkus kepada golongan memerlukan.
Aktiviti terakhir Allahyarham (kanan) dengan mengagihkan nasi bungkus kepada golongan memerlukan.

"Aktiviti terakhirnya adalah dengan menderma nasi bungkus kepada orang ramai di Kota Purwokerto.

"Selamat bertemu ALLAH dengan penuh ketenangan dan kedamaian Pak Subhan. Kami merindukanmu, semoga ALLAH pertemukan kita semua di syurga-Nya kelak tanpa merasakan azab," tulisnya.

Netizen yang mengenali Allahyarham mengucapkan takziah kepada keluarganya, malah berkongsi kebaikan dilakukan Allahyarham sepanjang hayatnya.

"Beliau orang baik, pertama kali saya ke Banyumas, dia yang melayani kami, menyiapkan tempat iktikaf di surau dan melayani keperluan kami. Semoga ALLAH mengampuni segala dosa dan kesalahannya dan menerima segala amal kebaikannya," tulis Mohamad Toha.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus