X

Kindly register in order to view this article
!

Isu sensitif bebankan PDRM

Abdul Hamid - FOTO ZAHID IZZANI
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta pemimpin dan ahli politik di negara supaya tidak memainkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan dan mengancam keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebagai pihak berkuasa terulung adalah menjadi tanggungjawab untuk menjamin negara dalam keadaan selamat dan mengekang sebarang ancaman berkaitan keganasan, fitnah, perkauman dan keagamaan di negara ini.

"Saya merayu kepada ahli-ahli pemimpin politik agar lebih memahami dinamik negara ini dengan kepelbagaian kaum dan agama, mesti menghormati dan gunakanlah kepelbagaian budaya untuk memajukan negara.

"Diharapkan ahli politik menggunakan kebijaksanaan, kesabaran dan berhemah dengan memenuhi prinsip demokrasi tanpa melakukan aktiviti hingga menyakiti hati orang lain seolah mencabar pihak berkuasa.

"Polis akan bertindak seadil-adilnya demi menjaga keamanan dan keharmonian keselamatan negara," katanya pada sidang media bersama pengarah-pengarah jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Abdul Hamid Bador pada sidang media khas bersama pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
Abdul Hamid Bador pada sidang media khas bersama pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI

Abdul Hamid berkata, isu-isu sensitif yang ditimbulkan sungguh membebankan dan merugikan negara kerana anggota polis terpaksa mengorbankan masa, malah terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikannya.

"Sepatutnya segala kekuatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan sepenuhnya untuk tangani jenayah, dadah dan bukannya isu-isu remeh sedemikian," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Hamid turut menetapkan sasaran 2020 untuk memastikan PDRM kembali dihormati sebagaimana pada zaman Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu apabila rakyat bersandarkan harapan kepada pihaknya serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!