Tular gambar biri-biri pakai bra

Foto Rose pakai bra curi perhatian netizen.
Foto Rose pakai bra curi perhatian netizen.
A
A
A

ENGLAND - Seekor biri-biri terpaksa memakai bra demi memelihara kesihatannya sepanjang hamil.

Foto dimuat naik di Facebook Franklin Vets Lifestyle Farms tular di laman sosial dan menjelaskan kejadian itu adalah betul dan bukan rekaan seperti dakwaan sesetengah netizen

Menurut laporan News18, biri-biri tular itu bernama Rose dan didakwa bakal melahirkan tiga ekor anak biri-biri.

Berdasarkan keadaan dirinya yang tidak dapat menampung berat bayi itu, pemiliknya terpaksa menggunakan bra bagi mengelakkan bahagian ligamen rosak.

Jika ini terjadi, biri-biri boleh menjadi trauma bahkan cacat kekal.

Pemiliknya juga tidak menjangkakan pembiakan luar biasa berlaku pada Rose, namun ia berita menggembirakan.

Kata pemilik, bra itu dijadikan sebagai kantung untuk menampung perutnya yang semakin membesar setiap hari.

Jelas sekali, tindakan pemilik itu membuatkan Rose selesa dan gembira.

Artikel Berkaitan:

Kata Michele, "Rose sangat bertuah kerana memiliki tuan yang baik."

Tambah Kloei_87 pula, "Idea yang bernas! Moga Rose melahirkan bayi dengan selamat."