Melaka masih bincang kenaikan tarif air

Adly (tengah) bersama barisan exco dan penjawat awam selepas
Majlis Perhimpunan Perdana Kerajaan Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.
Adly (tengah) bersama barisan exco dan penjawat awam selepas Majlis Perhimpunan Perdana Kerajaan Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri Melaka akan memuktamadkan kadar kenaikan tarif air di negeri ini sebelum April depan.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata, setakat ini kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengekalkan kadar lama atau berlaku kenaikan kerana masih berbincang dengan kerajaan Persekutuan termasuk berkaitan infrastruktur.

"Keputusan akan dilakukan selepas perbincangan selesai termasuk cadangan kerajaan Persekutuan," katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar sebelum ini.

Xavier sebelum ini memaklumkan semua negeri secara dasarnya bersetuju melaksanakan pelarasan kadar tarif air yang dijangka dilaksanakan tahun ini dan memberi jaminan kenaikan yang munasabah serta tidak membebankan pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN Negeri tak setuju tarif air naik perlu kemuka mekanisme: Xavier

Terdahulu, Adly ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Kerajaan Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini berkata, Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) perlu bekerjasama memikirkan kaedah terbaik bagi memastikan bekalan air yang mampan selain kaedah menangani masalah gangguan air.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan dan Exco Perindustrian Perdagangan dan Pelaburan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Adly memberitahu kerjasama itu termasuk memastikan tender pembinaan Empangan Air Sungai Jernih di Taboh Naning yang tertangguh lebih empat tahun dapat dimulakan dan projek pembinaan sistem takungan air (ORS) Tasik Biru, Chin Chin dilaksanakan tahun ini.

"Usaha ini berupaya menampung keperluan bekalan air penduduk dengan merencana ORS Tasik Biru dapat menyalurkan bekalan air ke Empangan Durian Tunggal," katanya.

Artikel Berkaitan: