Jokowi sedia sahut cabaran

Jokowi pernah dikritik kerana didakwa tidak lancar membaca surah al-Fatihah semasa memimpin solat pada Pilpres 2014.
Jokowi pernah dikritik kerana didakwa tidak lancar membaca surah al-Fatihah semasa memimpin solat pada Pilpres 2014.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA.Joko Widodo (Jokowi) bersedia pada bila-bila masa jika diminta menjalani ujian membaca al-Quran seperti disaran satu pertubuhan ulama Islam di Aceh.

Majlis Ulama Aceh baru-baru ini melontarkan cabaran kepada calon presiden Indonesia Jokowi dan pencabarnya, Prabowo Subianto bagi menentukan tokoh yang bakal memimpin negara paling ramai penduduk Islam itu.

Difahamkan, ujian berkenaan bakal diadakan di Masjid Besar Baiturrahman di Banda Aceh pada 15 Januari ini dan menyatakan ia sudah menghantar jemputan kepada kedua-dua pihak.

"Saya kan cuma peserta Pilpres (pilihan raya presiden). Sebarang aktiviti diatur oleh Jawatankuasa Pemilihan Umum (KPU).

"Apa sahaja arahan KPU, saya ikut. Kalau KPU masukan ujian seumpama itu dalam kempen Pilpres, saya tiada masalah menyertainya," ujar Jokowi.

Sementara itu, pasukan kempen Prabowo yang disokong dua parti berasaskan Islam, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Parti Amanat Nasional (PAN) menyatakan ujian seperti itu tidak perlu. - Agensi

Artikel Berkaitan: