Ajal pulang dari kerja

Mayat mangsa terbaring di lokasi. Motosikal ditunggang mangsa di lokasi. FOTO: Ihsan IPD Hulu Terengganu.
Mayat mangsa terbaring di lokasi. Motosikal ditunggang mangsa di lokasi. FOTO: Ihsan IPD Hulu Terengganu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang pemandu bot pelancong maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris, Kuala Berang di sini semalam.

Dalam kejadian jam 7.15 petang, mangsa, Md Nazeri Muhammad, 36, dari Kampung Kuala Dura, Kuala Berang di sini meninggal di tempat kejadian akibat parah di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave 110 dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Tasik Kenyir di sini menghala ke rumahnya di Kampung Kuala Dura di sini.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian di selekoh Dewan Sivik Kampung Tengkawang di sini, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum merempuh penghadang besi jalan lalu tercampak di atas bahu jalan sejauh 20.2 meter.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Artikel Berkaitan: