SPR digesa ambil tindakan pihak langgar peraturan kempen PRK

TUAN IBRAHIM
TUAN IBRAHIM
A
A
A
SHAH ALAM - Pas mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak tegas mengawasi dan menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu bertepatan ketetapan dibuat SPR seperti mana dinyatakan dalam satu kenyataan media pada 2 Oktober 2018.

Menurutnya, sebelum ini SPR dalam satu kenyataan media pada 2 Oktober 2018 menyeru agar setiap calon atau parti politik yang bertanding tidak melaksanakan aktiviti kempen yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya seperti aktiviti penjamuan, pemberian hadiah dan barangan bagi tujuan untuk memancing undi, penggunaan kemudahan dan aset kerajaan, program kerajaan serta aktiviti kempen yang berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

"Semalam terdapat dua dakwaan mengenai penganjuran majlis jamuan dan memberi hadiah di Membakut dan kemudiannya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut menyampaikan beberapa peruntukan antaranya RM500,000 untuk membaiki jeti pendaratan ikan, RM90,000 kepada wakil nelayan di kampung nelayan Biau dan penyampaian replika cek berjumlah RM3 juta kepada Persatuan Nelayan Papar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelayan Kimanis lega, masalah lebih 15 tahun bakal selesai
Artikel Berkaitan:


"Perkara ini mengulang kembali kesalahan yang pernah dilakukan dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini ," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah serta batal.

Proses penamaan calon sebelum ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ketua Warisan Bahagian Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67, dan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, 48.