X

Kindly register in order to view this article
!

Seret motosikal sejauh dua kilometer

Pemandu kereta dilihat mula menyeret motosikal di Jalan Gudwara.
A
A

GEORGETOWN - Seorang pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes merempuh dan menyeret motosikal yang diparkir di tepi jalan.

Pemandu berkenaan dikatakan merempuh motosikal di Jalan Gudwara dan menyeretnya sejauh kira-kira 1.2 kilometer sehingga ke persimpangan lampu isyarat Sungai Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati pemandu berkenaan merempuh motosikal berkenaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Nasi Kandar Senin di Jalan Gudwara.

"Polis sudah menahan pemandu itu dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk diambil sampel darah untuk ujian alkohol.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian masih lagi diteruskan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 APJ 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Percikan api berlaku selepas motosikal diseret sejauh dua killometer.
Percikan api berlaku selepas motosikal diseret sejauh dua killometer.

Sebelum ini tular satu video di laman sosial apabila seorang pemandu kereta jenis Proton Preve dilihat meneruskan pemanduannya walaupun terdapat motosikal yang tersepit di bahagian depan.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku malam tadi kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Video berdurasi 3 minit itu memaparkan pemandu kereta berkenaan tidak memberhentikan kenderaannya walaupun beberapa pengguna jalan raya lain mengarahkan dia berhenti kerana memandu dalam keadaan berbahaya menyebabkan percikan api berlaku di bahagian bawah keretanya.

Selepas dikejar hampir dua kilometer oleh beberapa penunggang motosikal akhirnya pemandu kereta berusia 53 tahun itu memberhentikan kenderaannya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!