Cuba lari, hampir terlanggar rakan sendiri

No Image Caption
A
A
A
KLUANG - Cubaan seorang lelaki melarikan diri dengan memandu kereta selepas memecah masuk masuk bangunan sarang burung walid di Taman Ilham, Kluang di sini gagal selepas hampir terlanggar rakannya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komesioner Mohd Abduh Ismail berkata, ketika serbuan kira-kira jam 5 pagi semalam suspek dan rakannya itu yang juga warga tempatan berusia lingkungan 30-an sebelum itu bersembunyi di dalam bangunan sarang burung.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi semalam selepas polis menerima aduan berlaku kecurian daripada pemilik premis.

"Ketika polis cuba menahan mereka seorang suspek bertindak melarikan diri dengan memandu kereta namun hampir terlanggar rakannya.

"Rakannya itu terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan terdapat pendarahan. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa dalam keadaan stabil" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Abduh polis turut merampas beberapa barangan termasuk tali putih panjang, dua spanar boleh laras, dua pemutar skru, lampu suluh dan pencangkuk besi yang dipercayai digunakan suspek bagi mencuri sarang burung walit terbabit.

"Pemeriksaan lanjut kedua-dua suspek berkenaan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes pecah rumah dan penyalahgunaan dadah. Mereka kini ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk siasatan.

“Kes ini disasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, selain turut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Polis juga percaya kedua- dua suspek ini turut terlibat dengan kegiatan pecah rumah di sekitar Kluang. Polis masih mencari rakan suspek yang dikatakan mempunyai kaitan dengan mereka dalam melakukan kegiatan pecah rumah,” katanya.
Artikel Berkaitan: