Lagi serangan ke atas Kedutaan AS di Iraq

Pekarangan Kedutaan AS di Zon Hijau dilanda rusuhan ganas pada minggu lalu. - Foto Agensi
Pekarangan Kedutaan AS di Zon Hijau dilanda rusuhan ganas pada minggu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

BAGHDAD - Dua roket Katyusha jatuh berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara Iraq beberapa jam selepas duta dari Washington dipanggil berhubung serangan yang meragut nyawa komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral, Qasem Soleimani dan pemimpin militia Unit Mobilisasi Popular (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis pada Jumaat lalu.

Serangan semalam adalah yang kedua berturut-turut menyasarkan Zon Hijau dan kali ke-14 dilancarkan ke atas AS sejak lebih dua bulan lalu.

Roket ketiga dilaporkan mengenai sebuah kediaman keluarga di luar Zon Hijau tersebut dan menyebabkan empat cedera.

Terdahulu, Parlimen Iraq sebulat suara mengundi untuk menggesa kerajaan mengusir tentera AS dan sekutunya dari negara terbabit.

Kira-kira 5,200 anggota tentera Iraq ditempatkan di seluruh pangkalan di Baghdad untuk memberi bantuan kepada pasukan keselamatan tempatan bagi memerangi kumpulan militan Daesh.

Ia juga sebagai sebahagian daripada pakatan antarabangsa yang lebih luas selepas menerima jemputan Iraq pada 2014.

Difahamkan, serangan roket tersebut dilancarkan beberapa jam selepas tempoh akhir diberikan PMU atau turut dikenali sebagai Hashed al-Shaabi yang mempunyai hubungan rapat dengan Iran tamat.

Serangan itu juga bagi membolehkan pasukan keselamatan Iraq 'melarikan diri' daripada tentera AS daripada pangkalan bersama di seluruh Baghdad. - AFP

Artikel Berkaitan: