Enam ahli sindiket edar rokok seludup diberkas

Beberapa kotak rokok seludup turut dirampas.
Beberapa kotak rokok seludup turut dirampas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam individu termasuk seorang wanita warga Vietnam ditahan dalam Op Asap di Bukit Raja, Klang dan Shah Alam, semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua yang ditahan itu dipercayai ahli sindiket pengedaran rokok seludup.

"Kesemua yang ditahan itu berusia antara 24 hingga 46 tahun, siasatan mendapati wanita berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau," katanya melalui kenyataan media, tadi.

Acryl Sani berkata, pihaknya turut merampas 14,450 karton rokok dan pelbagai mata wang tunai berjumlah RM 83,400.

Sebuah lori yang berisi rokok seludup turut dirampas.
Sebuah lori yang berisi rokok seludup turut dirampas.

"Kita turut merampas 29 keping cek bernilai RM142,767, sebuah kereta jenis

BMW 525i, Toyota Camry, Vios, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan sebuah lori," katanya.

Menurutnya kesemua suspek itu ditahan reman tujuh hari sehingga 11 Januari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.