Pemilik pengsan, kuda mati redah banjir

Seorang lelaki pengsan manakala kudanya ditemui mati selepas dikerah berulang-alik meredah banjir di Indonesia Rabu lalu.
Seorang lelaki pengsan manakala kudanya ditemui mati selepas dikerah berulang-alik meredah banjir di Indonesia Rabu lalu.
A
A
A

TANGERANG SELATAN - Seorang lelaki pengsan manakala kudanya ditemui mati selepas dikerah berulang-alik meredah banjir di Jalan Kayu Gede, Paku Jaya, Serpong Utara, Tangerang Selatan, Indonesia.

Menurut saksi, Wawan Saron, 45, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang, Rabu lalu.

Pemilik tersebut memiliki tiga ekor kuda dan kuda yang mati itu membawa barang yang banyak, lapor Kompas.com.

“Dua kuda tersebut terselamat kerana tidak membawa barang namun seekor lagi kuda mungkin keletihan disebabkan kepenatan membawa tuannya dan ketika itu air banjir berada di paras dada.

“Pemiliknya telah pengsan dan kudanya ditemui mati. Bangkai kuda itu telah dialihkan pihak berkuasa agar tidak mengganggu kelancaran trafik di kawasan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Wawan berkata, penggunaan kuda yang lebih dikenali sebagai delman merupakan salah satu pengangkutan tradisional yang digunakan penduduk di kawasan Buana Garden di sini.

“Memang masyarakat di sini sudah biasa menggunakan kuda sebagai khidmat pengangkutan. Empat hari lalu saya baru sahaja ke kandang kuda milik lelaki itu,” katanya.

Artikel Berkaitan: