X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Perkongsian Alif Satar buat netizen remuk hati

Tangkapan layar video yang memaparkan Mohammed Kalam (kiri) berkongsi kisah serangan di masjid Christchurch yang telah mengorbankan 50 umat Islam.
A
A

AUCKLAND - Kisah tragedi hitam yang diceritakan oleh seorang penduduk New Zealand berkenaan serangan tembakan yang berlaku di Christchurch, New Zealand pada tahun lalu mengorbankan puluhan nyawa termasuk rakyat negara itu dan pelancong dari segenap dunia mengundang reaksi netizen.

Tragedi tersebut dikongsi penyanyi, Alif Satar melalui akaun YouTube miliknya yang menemubual seorang pemandu pelancong New Zealand, Mohammed Kalam Alam mengenai kejadian tersebut mengorbankan 50 nyawa termasuk rakyat Malaysia pada 15 Mac tahun lalu.

Mohammed Kalam yang tiada di lokasi kejadian dan mengetahuinya selepas melihat berita di televisyen namun mengenali imam Masjid Al Noor dan Masjid Linwood termasuk beberapa mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.

Mohammed Kalam
Mohammed Kalam

"Ketika itu, imam di Masjid Al Noor berada di sebalik mimbar, dia duduk dan mendengar segalanya serta hanya mampu menangis. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

"Selepas serangan di Masjid Al Noor, suspek ke Masjid Linwood dan seramai sembilan orang syahid,” katanya.

Mohammed Kalam berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan Kabinet kerajaan yang mengambil berat tentang kejadian tersebut dengan mengenakan tindakan undang-undang setimpalnya terhadap penjenayah tersebut.

Menurutnya, beliau juga lega apabila lelaki bersenjata itu bukanlah warganegara New Zealand disebabkan perbuatan tersebut bukanlah budaya yang dilakukan masyarakat di negara itu.

Antara komen pada video yang disiar dalam akaun YouTube Alif Satar.
Antara komen pada video yang disiar dalam akaun YouTube Alif Satar.

“Sekarang semua masjid malahan surau juga sudah terdapat polis berkawal selama 24 jam bagi langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara buruk berlaku,” katanya.

Perkongsian video Alif yang berdurasi 13 minit itu tular di media sosial sehingga meraih 66,870 tontonan dan rata-rata netizen terkenang semula insiden tersebut yang amat memberi kesan mendalam terhadap umat Islam seluruh dunia.

“Walaupun saya seorang Cina tetapi kisah ini membuatkan saya menangis. Apa yang dilakukan oleh penjenayah sememangnya tidak boleh dimaafkan dan terima kasih kepada Perdana Menteri New Zealand kerana amat mengambil berat. Semoga Tuhan sentiasa merahmati pakcik dalam video ini," tulis Lim Ah Seng di YouTube.

Bagi Intan Dahlia pula berkata, "Amat sedih sebenarnya apa yang berlaku di Christchurch tahun lalu yang mengorbankan ramai umat Islam yang tidak bersalah. Semoga mereka yang maut dalam kejadian tersebut ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman."


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!