Umat Islam di Australia solat sunat Istisqa

Kira-kira 50 lelaki, wanita dan kanak-kanak menunaikan solat sunat Istisqa di Adelaide, Australia hari ini.
Kira-kira 50 lelaki, wanita dan kanak-kanak menunaikan solat sunat Istisqa di Adelaide, Australia hari ini.
A
A
A

ADELAIDE - Berikutan krisis kebakaran yang semakin parah di Australia, kira-kira 50 umat Islam di negara itu menunaikan solat sunat Istisqa (solat minta hujan) di Adelaide, Australia hari ini.

Solat sunat itu turut disertai kanak-kanak yang berkumpul di Bonython Park untuk mendoakan agar kawasan yang terbakar dituruni hujan bagi membantu petani serta mangsa yang terjejas.

Paderi Patrick McInerney dari pusat Hal Ehwal Kristian dan Muslim turut menyertai program berkenaan, lapor Daily Mail menurut sumber.

“Hari ini saya menyertai saudara Muslim saya di Adelaide mendoakan agar hujan turun.

Umat Islam yang menyertai solat Istisqa di Bonython Park untuk mendoakan agar kawasan yang terbakar dituruni hujan.
Umat Islam yang menyertai solat Istisqa di Bonython Park untuk mendoakan agar kawasan yang terbakar dituruni hujan.

“Kawan saya, Profesor Mohamad Abdalla memberikan khutbah menekankan (kepentingan) taubat dan kebergantungan kepada Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki dan Maha Mengasih,” katanya.

Terdahulu, solat sunat Istisqa dilakukan sehari selepas juruterbang Dick Lang, 78, dan anaknya, Clayton Lang, 43, yang merupakan seorang pakar bedah terbunuh di Pulau Kangaroo di pantai Australia Selatan.

Dua beranak itu terbunuh selepas kembali semula untuk mengambil kelengkapan dan mereka terperangkap kerana tidak dapat mengharungi api tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Kami telah kehilangan dua orang ahli keluarga kami, Dick Lang dan anak lelaki bongsunya, Clayton Lang, dalam keadaan yang begitu dahsyat," kata keluarganya dalam satu kenyataan di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran di Australia ragut dua lagi nyawa

PM Australia mohon bantuan antarabangsa