PRK Kimanis lebih penting daripada peralihan kuasa PM

Muhammad Akmal Maradzi
Muhammad Akmal Maradzi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) perlu memikirkan bagaimana cara untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berbanding terus membuat desakan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan proses peralihan kuasa dalam tempoh terdekat.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Lumut, Muhammad Akmal Maradzi berkata, sekiranya desakan supaya Dr Mahathir melepaskan jawatan terus disuarakan dikhuatiri rakyat akan terus muak dengan politik yang dilihat sebagai tidak matang.

"Kita sebagai pemimpin muda yang lahir dalam Malaysia Baharu ini perlu menunjukkan sikap yang matang dalam menangani sebarang isu termasuklah melibatkan keputusan peralihan kuasa Perdana Menteri.

"Apa yang penting pada ketika ini bukanlah tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri tetapi bagaimana tumpuan kita untuk memenangi PRK Kimanis bagi membantu kemenangan Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah yang menentang Datuk Mohamad Alamin dari Barisan Nasional," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seharusnya semua pimpinan dalam PH terutamanya pemimpin muda dalam setiap parti gabungannya pada ketika ini perlu memainkan peranan dalam memastikan mereka terus diterima rakyat.

Bahkan katanya, krisis kepercayaan rakyat terhadap PH perlu ditangani segera dan itu merupakan tanggung jawab pemimpin muda yang pada hari ini.

"Kita juga sebagai pemimpin muda yang lahir dalam Malaysia Baharu ini perlu menunjukkan sikap yang matang dalam menangani sebarang isu termasuklah melibatkan keputusan peralihan kuasa Perdana Menteri.

"Jadi semua pihak dalam PH perlu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Dr Mahathir untuk melakukan transisi jawatan Perdana Menteri. Tarikh itu akan tiba dan serahkan semuanya ke atas kebijaksanaan beliau," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang mendesak Sekretariat PH agar memastikan Mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang dapat membuat ketetapan tarikh peralihan jawatan Perdana Menteri pada Mei 2020 bagi menjamin kelangsungan agenda PH.

Katanya, beliau percaya penetapan tarikh peralihan kuasa akan mencerminkan kesepakatan yang utuh dalam PH dan seterusnya mematahkan persepsi pergolakan dalam PH yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang.

ARTIKEL BERKAITAN: AMK minta tetapkan tarikh peralihan jawatan PM