Jenazah Soleimani tiba di Iran

Anggota tentera mengusung keranda membawa jenazah Mejar Jeneral Qasem Soleimani di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz di Teheran hari ini. - Foto AFP
Anggota tentera mengusung keranda membawa jenazah Mejar Jeneral Qasem Soleimani di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz di Teheran hari ini. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Upacara penghormatan komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Mejar Jeneral Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Baghdad bermula hari ini di Ahvaz.

Stesen televisyen Iran mengadakan siaran langsung memaparkan ribuan orang berpakaian hitam berhimpun di bandar barat daya Iran itu.

Rakaman menunjukkan orang ramai yang berkabung berkumpul di Dataran Mollavi dengan bendera hijau, putih dan merah melambangkan darah mereka yang terkorban.

Mereka turut membawa gambar Soleimani yang dianggap sebagai hero perang Iran-Iraq dari tahun 1980 hingga 1988 dan menerajui operasi Asia Barat Iran sebagai ketua IRGC.

Sementara itu, rakaman udara menunjukkan kumpulan besar orang ramai memenuhi segenap ruang Dataran Mollavi dan jalan-jalan berhampiran bandar Ahvaz yang dihuni 1.3 juta penduduk.

Agensi berita ISNA berkata, jenazah Soleimani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz pada waktu subuh dan dijangka diterbangkan ke Teheran petang ini.

Pada Isnin, Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dijangka menyertai solat jenazah untuk Soleimani di Universiti Teheran sebelum perarakan ke Dataran Azadi.

Jenazah komander berkenaan kemudian dijangka dibawa ke bandar Qom sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kerman pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, laporan Press TV yang memetik kenyataan sumber dalaman menyebut, jenazah timbalan ketua pasukan separa tentera Hashed al Shaabi Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis turut dibawa ke Iran bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum diterbangkan kembali ke Baghdad untuk dikebumikan. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Soleimani dibunuh untuk 'hentikan peperangan', kata Trump

Ketegangan Iran-AS semakin memuncak

Penunjuk perasaan AS bantah perang dengan Iran