GRO bertempiaran lari elak dicekup

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur kelmarin.
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keasyikan wanita warga asing melayan pengunjung berhibur bertukar kecoh apabila kesemua mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada dicekup selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, di sini kelmarin.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi dilaksanakan sempena Ops Gegar itu bagaimanapun berjaya menahan seramai 34 wanita.

"Ada antara mereka bersembunyi di bawah dapur, celah-celah lubang selain masuk ke dalam tandas dan almari, namun cubaan itu hanya sia-sia.

"Operasi bermula jam 8 malam itu berjaya menahan 34 wanita membabitkan warga Vietnam (29), Indonesia (empat) dan seorang warga China," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Hamidi berkata, pihaknya percaya terdapat kegiatan tidak bermoral ditawarkan wanita warga asing terbabit hingga meraih pendapatan RM1,000 satu malam.

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur kelmarin.
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar di sebuah kelab malam di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur kelmarin.

Dalam masa sama, pihaknya turut melaksanakan Ops Belanja, Ops Dandan dan Ops Selera dengan serbuan di kedai gunting rambut, kedai runcit serta restoran di sekitar ibu negara.

"Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh wanita ditahan kerana bekerja tanpa permit atau pas yang sah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Hamidi berkata, pihaknya turut mengeluarkan empat borang saman kepada majikan bagi membantu siasatan.

Tegasnya, setelah tamatnya program Back For Good (B4G) pada 31 Disember lalu, pihaknya akan terus menggempur dan mempergiat operasi mengesan PATI.