Stor simpan kasut di Petaling Street terbakar

Anggota JBPM memantau lokasi kebakaran selepas api dipadamkan. Gambar kanan: Stor berkenaan musnah 20 peratus dalam kejadian pagi tadi. - Foto: Ihsan JBPM KL
Anggota JBPM memantau lokasi kebakaran selepas api dipadamkan. Gambar kanan: Stor berkenaan musnah 20 peratus dalam kejadian pagi tadi. - Foto: Ihsan JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah stor penyimpanan kasut terbakar dalam kebakaran di Jalan Sultan, Petaling Street awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 berhubung kejadian itu sekitar jam 12.16 pagi.

Katanya, sejurus tiba di lokasi, anggota penyelamat mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor berkeluasan 5x5 kaki persegi.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, anggota penyelamat mendapati kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, stor berkenaan musnah 20 peratus dan kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: