X

Kindly register in order to view this article
!

Sindiket rokok seludup tumpas

Gambar hiasan
A
A

KUCHING - Taktik sindiket penyeludupan rokok menjadikan sebuah rumah disyaki sebagai stor penyimpanan rokok tidak lulus kastam terbongkar apabila diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuching, Jumaat lepas.

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, dalam serbuan di Siburan itu, pihaknya merampas 1.172 juta batang rokok seludup dengan jumlah anggaran nilai barang sitaan adalah sebanyak RM261,560.

Beliau berkata, jumlah anggaran nilai barangan sitaan itu tidak termasuk dengan jumlah anggaran amaun duti kastam yang terlibat iaitu sebanyak RM799,887.60.

“Rumah itu dibuka secara paksa kerana pemilik premis gagal dikesan dan hasil serbuan, pasukan telah menjumpai rokok seludup disimpan di dalamnya. Kesemua barangan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sharifah Halimah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf