Bomba bantu pindah pesakit obesiti

Pasukan bomba membantu memindahkan pesakit obesiti dari hospital ke rumahnya di Taman Arowana di sini malam tadi.
Pasukan bomba membantu memindahkan pesakit obesiti dari hospital ke rumahnya di Taman Arowana di sini malam tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu memindahkan seorang pesakit Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) yang mengalami obesiti dengan berat 289 kilogram ke rumahnya semula di Taman Arowana di sini malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Mohd Syazwan Saidy dari Balai Bomba (BBP) Seremban 2 berkata, lelaki tersebut dibenarkan pulang selepas seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Kami menerima panggilan daripada Hospital Tuanku Jaafar untuk mendapatkan bantuan mengangkat pesakit berusia 38 tahun itu jam 8.05 malam.

"Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Nilai diarahkan ke hospital berkenaan untuk membantu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kerja-kerja bantuan khas pemindahan pesakit terbabit selesai jam 10.02 malam.

Artikel Berkaitan: