Suami isteri ditemui selamat selepas sesat di hutan

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri ditemukan selamat hari ini selepas tersesat di kawasan hutan di Jalan Pagoh-Parit Sulong dekat Batu Pahat, sejak awal pagi semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh Pegawai Bomba Kanan II Husaini Eddy berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) Arjon Tobari, 59, dan isterinya Norazlina Paijo, 34, dimulakan pada 2.41 petang tadi setelah kedua-duanya hilang selama 24 jam.

Beliau berkata, pasangan itu ditemui tiga kilometer dari Jalan Pagoh, kira-kira 48 minit kemudian.

Operasi itu melibatkan 23 anggota dan tiga jentera daripada Balai Bomba Pagoh, Batu Pahat serta Muar.

"Menurut anak mangsa, pasangan itu keluar dari rumah sejak 7.30 pagi semalam. Ahli keluarga cuba mencari mereka namun gagal," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Husaini berkata, pasangan yang ditemui dalam keadaan lesu diberikan air dan roti serta rawatan awal sebelum diserahkan kepada keluarga.

Beliau menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung tujuan pasangan berkenaan memasuki hutan terbabit yang sebahagiannya merupakan kawasan kelapa sawit.- Bernama

Artikel Berkaitan: