Iran tidak akan terburu-buru serang AS

Ribuan penduduk menghadiri upacara pengebumian Soleimani dan al-Muhandis di Zon Hijau. -Foto AFP
Ribuan penduduk menghadiri upacara pengebumian Soleimani dan al-Muhandis di Zon Hijau. -Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Seorang komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memberitahu, Teheran akan bersabar dalam menetapkan masa dan tempat yang betul untuk bertindak balas terhadap serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang mengorbankan komander tertinggi Qasem Soleimani.

Brigadier Jeneral Abolfazl Shekarchi berkata, Teheran secara terbuka mengumumkan akan mempertahankan paksi rintangan dengan segala kekuatannya.

"Kami akan membuat perancangan dengan sabar dan bertindak balas dengan cara paling berkuasa. Kami yang akan menetapkan masa dan tempat untuk serangan balas," katanya.

Katanya lagi, tindak balas Iran terhadap Washington akan menggabungkan strategi serangan di luar langkah pertahanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Soleimani dibunuh untuk 'hentikan peperangan', kata Trump

"Penentangan terhadap pencerobohan AS tidak akan dilemahkan oleh pembunuhan komander kerana pengaruh dan pemikiran mereka telah tersebar dalam kalangan rakyat di rantau ini," tegasnya.

Awal pagi semalam, Soleimani dan timbalan komander Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis maut selepas konvoinya diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad. - Agensi

Artikel Berkaitan: