Agong turun kereta lihat kerja alih lori terbalik

Al-Sultan Abdullah mencemar duli bertemu pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja mengalihkan lori terbalik berdekatan Istana Negara.
Al-Sultan Abdullah mencemar duli bertemu pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja mengalihkan lori terbalik berdekatan Istana Negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat menyanjungi keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terutama membabitkan mangsa ditimpa bencana termasuk kemalangan.

Terbaru hari ini tular video memaparkan Al-Sultan Abdullah turun daripada kenderaan baginda untuk melihat kerja-kerja mengalihkan sebuah lori yang terbalik akibat terbabas.

Video berdurasi satu minit dua saat itu dimuat naik di laman Facebook PRO Pahang dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengagumi keprihatinan baginda.

Menurut sumber, video berkenaan dirakam kira-kira jam 3 petang pada Khamis lalu ketika Al-Sultan Abdullah dalam perjalanan ke padang golf berdekatan untuk beriadah.

"Kemalangan dipercayai berlaku pada sebelah pagi berhampiran pintu ketiga Istana Negara. Baginda juga dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

"Lori berkenaan dikatakan tidak lepas mendaki jalan berbukit sebelum terbabas ke bahu jalan ketika mengundur.

"Pada sebelah petang sewaktu mahu keluar bermain golf, Baginda mencemar duli turun daripada kenderaan melihat kerja-kerja mengalihkan lori tersebut," katanya.

Al-Sultan Abdullah turut meluangkan masa berbual bersama individu yang bertanggungjawab melakukan kerja pengalihan lori itu.

Artikel Berkaitan: