X

Kindly register in order to view this article
!

Mustapa mahu tumpu Kelantan

Mustapa
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu memberikan tumpuan terhadap Kelantan walaupun beberapa pemimpin berpendapat beliau layak menggantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

"Kalau isu (jadi menteri pendidikan) tak apalah. Itu tak ada apa-apa, saya fikir Kelantan saja," katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Beliau keluar daripada UMNO pada September 2018 sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulan kemudian.

Kini Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas merupakan satu-satunya adun pembangkang di DUN Kelantan selepas pemeteraian kerjasama UMNO-Pas pada Oktober tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak sedih, marah' - Dr Maszlee

Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berpendapat bahawa Mustapa adalah pilihan terbaik sebagai Menteri Pendidikan.

Selain kedudukan itu merupakan kuota Bersatu, Mustapa pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi pada 2006 hingga 2008.

Pandangan sama turut disuarakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.

Khamis lalu, Dr Maszlee dalam satu sidang akhbar khas di Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya mengumumkan menyerahkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 20 bulan mengemudi KPM.

Mahathir dijangka akan mengumumkan Menteri Pendidikan baharu dalam tempoh terdekat bagi menggantikan Maszlee.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus