Sang bedal ditemui dekat pusat beli-belah?

Suasana di sekitar IOI Mall di sini gempar seketika apabila seekor anak buaya ditemui di parit moonson berhampiran gedung beli belah tersebut.
Suasana di sekitar IOI Mall di sini gempar seketika apabila seekor anak buaya ditemui di parit moonson berhampiran gedung beli belah tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai di sekitar IOI Mall di sini gempar seketika apabila seekor anak buaya ditemui di parit moonson berhampiran pusat beli-belah tersebut.

Kejadian yang dirakam oleh netizen itu tular di laman sosial semalam.

Video berdurasi 16 saat itu memaparkan seekor binatang dipercayai buaya yang bersaiz kecil.

Netizen berharap perakam video tersebut serta individu yang melihat kejadian itu segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, setakat ini bomba tidak menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.

"Setakat ini tiada laporan diterima, namun saya akan siasat dakwaan itu," katanya.

Artikel Berkaitan: