Premis hiburan bukan kawasan larangan merokok

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
A
A
A

PUTRAJAYA – Pub, kelab malam, disko dan kasino tidak termasuk di bawah peraturan baharu larangan merokok.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan kategori pusat-pusat hiburan berkenaan bukan dilesenkan sebagai tempat makan.

Hal demikian, peraturan baharu larangan merokok yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu tidak terpakai di premis-premis hiburan tersebut.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan pernah memaklumkan bahawa bar atau kelab malam yang menyediakan makanan kepada pelanggan juga menjadi kawasan yang diwartakan sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa 1 Januari lepas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Larangan merokok, bagaimana aduan boleh dibuat?]

Artikel Berkaitan: