Maqis rampas daging wagyu bernilai RM6,000

Pegawai penguatkuasa Maqis menunjukkan daging lembu wagyu yang dirampas.
Pegawai penguatkuasa Maqis menunjukkan daging lembu wagyu yang dirampas.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas daging lembu wagyu yang cuba dibawa masuk ke negara ini oleh seorang wanita di laluan penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang (LTABPP) malam tadi.

Wanita warga Korea berumur dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita itu membawa masuk daging lembu wagyu seberat 22.1 kilogram bernilai hampir RM6,000 yang diletakkan dalam dua bekas polisterin.

Menurutnya, wanita berkenaan mendakwa daging lembu wagyu itu untuk kegunaan sendiri.

"Daging wagyu itu dirampas kerana tiada sebarang dokumen yang sah seperti permit import dari Jabatan Maqis dan sijil kesihatan dari negara asal.

"Daging berkenaan akan dilupuskan mengikut SOP ( prosedur operasi standard) yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Zarina berlata, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah dari Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin san Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

Beliau berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya akan sentiasa memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan makanan negara bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan mengekang ketidakpatuhan aktiviti import dan eksport.