Lelaki OKU maut rumah terbakar

Mangsa meninggal dunia dalam kebakaran di Taman Pagoh Jaya di sini, tengah hari tadi.
Mangsa meninggal dunia dalam kebakaran di Taman Pagoh Jaya di sini, tengah hari tadi.
A
A
A

MUAR - Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas kediaman ibunya di Taman Pagoh Jaya di sini terbakar.

Ketika kejadian kira- kira jam 11.59 tengah hari tadi, mangsa Mohd Ata Maarof, 28, berada di bahagian dapur rumah berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II, Husaini Eddy Mustafa berkata, mangsa yang cacat pada bahagian kaki meninggal dunia selepas melecur 80 peratus.

"Mangsa bekerja di Kuala Lumpur dan sudah lima hari pulang ke rumah ibunya untuk bercuti. Hari ini merupakan hari terakhir cutinya sebelum balik ke Kuala Lumpur," katanya di sini.

Keadaan dapur rumah mangsa yang terbakar di Taman Pagoh Jaya, tengah hari tadi.
Keadaan dapur rumah mangsa yang terbakar di Taman Pagoh Jaya, tengah hari tadi.

Menurutnya, seramai 18 anggota bersama dua jentera dan sebuah lori tangki air digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Kebakaran memusnahkan 60 peratus keseluruhan rumah tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: